Next Coming Event : BAKSOS
Assalamualaikum wbt


Kami dari AJK Kelab ingin menyampaikan dengan sukacitanya, Kelab UMNO Makassar akan mengadakan satu lagi Bakti Sosial (BAKSOS) pada bulan Mei nanti. BAKSOS ini akan diisi dengan aktiviti berkhitan (sircumsisi), pemeriksaan kesihatan dan juga penyuluhan kesihatan. Lokasi program ini insyallah di sekitar Mancini Sawah (dekat fly-over). Kami akan mengumumkan informasi selanjutnya dalam masa yang terdekat. Sila layari FB atau blog kelab ataupun boleh berhubung langsung dengan AJK kelab untuk informasi lanjut. Sekiranya ada individu-individu ataupun organisasi yang berniat untuk menderma untuk aktiviti ini seterusnya membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di sini, kami sangat mengalu-alukan. Kami juga mengharapkan sokongan dan komitmen dari semua pelajar untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang bakal kami adakan ini.

Sekian, terima kasih
.




Congratulation to the Winner
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah Kejohanan Piala Presiden : Futsal Tournament Kelab UMNO Makassar 2011 telah berjaya dijalankan dengan baik. Hampir 150 orang pelajar datang menyertai program kali ini. Ini suatu penghargaan yang sangat luar biasa buat kami dari panitia pelaksana di atas kehadiran dan sokongan anda. Semoga bilangan kehadiran ini akan terus kekal ataupun terus meningkat di masa akan datang untuk program2 yang bakal kami anjurkan. Semoga ianya memberi manfaat buat kita.

Tahniah kepada pemenang-pemenang, masing-masing buat kategori Lelaki dan Perempuan. Bagi kategori lelaki, Piala Presiden kali ini akan dijulang oleh angkatan 2006 buat kali ke-2 berturut-turut manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh pasukan dari angkatan 2008. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa teruskan berusaha, insyallah Piala Presiden : Futsal Tournament akan didatangkan lagi di masa hadapan jika tidak ada masalah yang menghalangnya.

KATEGORI LELAKI

  1. Juara : 2006
  2. Naib Juara : 2009

KATEGORI WANITA

  1. Juara : 2008
  2. Naib Juara : 2010

Objektif utama untuk mengeratkan silaturahmi di antara semua pelajar Malaysia di Makassar diharap tercapai dan semoga hubungan ini akan terus kuat dan kukuh. Pastinya di setiap pertandingan, suasana tegang dan emosi tidak dapat dielakkan dan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diinginkan selama berada dalam suasana ini, sama-samalah kita saling bermaafan. Semoga ianya menjadi titik tolak mula dari segala kekuatan silaturahmi di antara kita semua rakyat Malaysia di Makassar.

Sebagai post-mortem, kami sangat menanti dan sangat menghargai sekiranya ada masukan dan cadangan dari anda untuk perbaikan program ini pada masa hadapan. Untuk itu, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongannya dan semoga ketemu lagi dalam program yang ke depan.

Piala Presiden : Futsal Tournament



Assalamualaikum wbt

Kelab UMNO Makassar sekali lagi menganjurkan Kejohanan Piala Presiden : Futsal Tournament buat semua pelajar Malaysia di Makassar pada tahun 2011 ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut ada di iklan-iklan promosi dan anda boleh menghubungi mana-mana ahli jawatankuasa Kelab UMNO Makassar yang terdekat dengan anda.

Dengan bermatlamatkan pengukuhan perpaduan dan persefahaman di antara kita semua, marilah kita bersama2 meraikan setiap individu di antara kita dengan menghargai jalinan yang terjalin dan sama-sama kita menikmati perbezaan dan 'variasi' dari kita semua. Semoga program ini akan memberi manfaat untuk kita semua.




Jadual Program Bakti Siswa dan Anak Angkat 24-28 September 2010

Jumaat / 24 September

12.00 pm

Check-In di Hotel Wira

7.00 pm

Makan malam

Majlis Perasmian dan Acara Pelepasan

10.00 pm

Taklimat program

Pembahagian tugas

Sabtu / 25 September

5.45 am

Breakfast

6.30 am

Bertolak ke Jeli

2.30 pm

Sampai di Jeli

Makan tengahari di Darul Falah

4.00 pm

Acara perasmian Program Bakti Siswa dan Penyerahan anak angkat

7.30 pm

Solat berjemaah di masjid

Kuliah Maghrib

9.00 pm

Sesi suaikenal bersama keluarga angkat

10.30 pm

Jamuan ringan

Ahad / 26 September

8.00 am

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Bertolak ke tempat pemeriksaan kesihatan dan sekolah-sekolah

9.00 am

Program motivasi dan pemeriksaan kesihatan dimulakan serentak

12.00 pm

Program selesai

Peserta bertolak pulang

Makan tengahari di rumah masing-masing

4.00 pm

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Sukan rakyat dan sesi riadah

6.30 pm

Pulang ke rumah masing-masing

8.00 pm

Acara bebas bersama keluarga angkat

Isnin / 27 September

7.30 am

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Bertolak ke kawasan perkuburan dan masjid

8.30 am

Program membersihkan tanah perkuburan dan masjid dimulakan

10.00 am

Peserta pulang ke rumah masing-masing

2.00 pm

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Bertolak ke air terjun

8.30 pm

BBQ perpisahan

Selasa / 28 September

10.00 am

Acara Penutup

12.00 pm

Peserta bertolak pulang ke Kuala Lumpur

Futsal and Sahur On The Road

Welcoming new 2010 student of Hasanuddin University
Selamat Datang and Welcome to All !!!


Kelab UMNO Makassar mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar Malaysia yang akan menjalani sesi perkuliahan di Fakultas Kedokteran UNHAS mulai sesi September 2010 ini.

Tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya dan terpilih untuk memasuki universiti ini. Semoga ini akan memotivasikan anda untuk belajar bersungguh-sungguh mengejar mimpi yang pastinya untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang ini seterusnya menjadi seorang dokter yang berjaya. Gunakan peluang ini sebaiknya dan jangan sesekali mensia-siakannya.

Selamat datang - Selamat belajar - Selamat beradaptasi di Makassar ini - Selamat di atas segala-galanya

Selamat bergabung dengan kami semua mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Makassar





Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan al-Mubarak.



Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerna diberi kesempatan kepada kita untuk bertemu kembali dengan bulan suci yang penuh dengan rahmat dan keberkahan ini. Sama-sama kita ambil kesempatan ini untuk memperbanyak amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran, solat tarawih, qiamulail, bersedekah, berzikir dan bertasbih disamping menunaikan ibadah2 wajib yang lain.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan sama-sama kita utilize sepenuhnya kemanfaatannya agar kita tidak terlewatkan kelebihan dan keuntungan darinya.


  • WELCOME

    Kami dari Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung. Pendapat dan saranan anda amat kami hargai.

    Selamat Melayari!

    Ahli Jawatankuasa